Assalamualaikum semua,
Minggu lepas saya mendapat pertanyaan tentang psoriasis. Ada yang telah mencuba berbagai rawatan tetapi masih tidak ada perubahan.
Penyakit psoriasis adalah penyakit yang kronik, tidak berjangkit dan
mempunyai ciri-ciri seperti tompok yang merah, tebal dan bersisik.
Psoriasis melibatkan antara dua hingga tiga peratus penduduk di
Malaysia. Ia boleh terjadi kepada semua peringkat umur, dari kanak-kanak
hingga warga emas.
Bagaimanapun, lebih banyak kes berlaku di kalangan mereka yang berumur antara 20 hingga 30 tahun, atau 60 tahun ke atas.
Psoriasis boleh diwarisi melalui faktor genetik secara ‘polygenic’ atau
autosomal dorminant with incomplete penetrance dan di HLA-C kromosom 6.
Faktor merangsang psoriasis
* Cahaya matahari
- Cahaya matahari merangsang 10 peratus daripada pesakit psoriasis
walaupun sebahagian besar keadaan pesakit menjadi lebih baik dengan
pendedahan cahaya matahari.
* Ubat-ubatan
- Ubat seperti beta blockers untuk rawatan darah tinggi dan sakit
jantung, lithium untuk sakit psikiatri dan ubat untuk rawatan malaria
juga boleh merangsang psoriasis.
* Jangkitan kuman
- Jangkitan seperti jangkitan sakit tekak oleh bakteria Streptococcus juga boleh merangsang ‘guttate psoriasis’.
* Fenomena ‘koebner’
- Trauma pada epidermis dan dermis seperti kesan garu, luka atau
pembedahan akan menyebabkan psoriasis tumbuh di tempat tersebut.
Fenomena ini dikenali sebagai fenomena ‘koebner’.
Proses pembentukan psoriasis
Psoriasis boleh berlaku atau terbentuk di mana-mana bahagian kulit, dari
kulit kepala hingga ke hujung kaki termasuk bahagian kuku.
Penyakit ini terjadi disebabkan abnormaliti pada sistem imuniti, atau
lebih khusus pada sel limfosit T dari kumpulan sel darah putih.
Bagi kulit normal, proses penggantian kulit berlaku secara
perlahan-lahan dan mengambil masa 28 hari sebelum sel mati itu
tertanggal daripada badan.
Dalam kes psoriasis, kecelaruan sistem imuniti badan akan mempercepatkan proses kitaran kulit kepada empat hari sahaja.
Ini menyebabkan sel kulit membahagi dengan cepat (secara berlebihan atau
dipanggil proliferasi) iaitu 20 kali ganda dari kadar biasa.
Pada peringkat awal, psoriasis timbul dalam bentuk bintik kecil merah dan kemudian menjadi tompok merah.
Tompok merah ini kemudiannya menebal dan mengeras. Lapisan keras
berkenaan seterusnya akan menjadi sel-sel mati berwarna perak (silvery
scales).
Kepingan ini amat mudah dikopek, meninggalkan permukaan yang berdarah. Tompok-tompok ini juga berasa panas dan seperti terbakar.
Kesan psoriasis
* Kesan psikologi
Pesakit psoriasis berasa malu dan tertekan dengan keadaan kulit bersisik
dan merah terutamanya jika sisik-sisik psoriasis jatuh bertaburan di
baju, tilam dan lantai.
Masyarakat yang tidak memahami penyakit ini akan menjauhi diri dari pesakit menjadikan pesakit terasing dan murung.
Ini mungkin kerana mereka tersalah sangka penyakit ini boleh berjangkit
atau tidak selesa dengan keadaan kulit pesakit yang sedikit berbeza.
* Artritis
Pesakit psoriasis boleh juga mendapat masalah artritis yang disebabkan oleh psoriasis yang dinamakan psoriatic arthropathy.
Ia berlaku kepada lima peratus pesakit psoriasis. Jari tangan, kaki dan
sendi-sendi seperti siku, lengan, bahu, lutut, buku lali dan punggung
juga boleh menjadi sakit dan bengkak.
Rawatan
Banyak kaedah boleh digunakan untuk merawat psoriasis antaranya ubat sapu, ubat makan dan fototerapi.
Di antara ubat sapu yang digunakan untuk merawat pesakit adalah seperti
kortikosteroid, vitamin D3, antralin, terapi dan tar arang.
Ubat makan pula adalah seperti retinoid, methotrexate, ciclosporin,
hydroxyurea sementara fototerapi adalah rawatan yang menggunakan terapi
sinar UVA atau UVB. Bagaimanapun, sehingga kini belum ada ubat dapat
menyembuhkan sepenuhnya penyakit ini.
Walaubagaimanapun jika saudara/i telah mendapatkan rawatan Doktor tetapi jika masih lagi tiada sebarang perubahan saya ingin mengesyorkan untuk mencuba SNE Kapsul kerana ada yg telah berjaya mengatasi simptom simptomnya. Insyaallah jika serasi dapat disembuhkan.
No comments:
Post a Comment